Photobucket

Hancur sudah kerajaan 3 bulan.




Alhamdulillah.. hancur sudah "kerajaan haram 3 bulan" itu.. eh ada satu lagi.. "speaker haram".. apalagi yang haram ni??... cukup lah BN dengan sandiwara yang membuat rakyat semakin muak dan memjauhkan diri dari BN. Maka dengan itu aku mengistiharkan bawa tiada kerjasama dengan Barisan Nasional seperti yang digembar-gemburkan ditv dan media2 yang pro BN. Tak payahlah puak2 proBN keluarkan fatwa bekerjasama untuk menutup malu tersebut.. Tak payahlah nak cover malu tersebut dengan membuat andaian2 yang hodoh... Apa yang penting ketika nih bagi aku... pembubaran DUN perak sebagai penutup drama kerajaan haram 3bulan tuh.


Muak dengan keangkuhan MB haram Zambry. Allah membayar secara jelas didepan mata Zamry sekarang apa yang dijuahkannya selama ni. Teringat titah Sultan perak kepada MB Nizar semasa krisis diperak bermula iaitu "Inna-Allah ha ma'a sobirin," yang bermaksud:'Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar' . Maka kebenaran ayat titah Sultan perak itu dimakbul Allah hari ini dan kemenangan kepada rakyat dan orang2 yang sabar telah ditunaikan ALLAH.. Marilah sama2 kita berdoa dan bermunajat ke hadrat ALLAH SWT atas nikmat limpah kurnianya memberi kemenangan kepada rakyat seperti yang disarankan oleh tok guru Nik Abdul Aziz..


Pagi ini segala doa dan harapan rakyat untuk melihat kuasa rakyat dapat dikembalikan bagi menutup segala kekusutan selama ini dapat dipermudahkan kepada MB Nizar untuk mengadap Sultan Perak memohon pembubaran DUN insyaallah...


Photobucket



0 comments:

Post a Comment

Pakatan News