Photobucket

KRISIS DI PERAK: KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DI ANGKAT KEMBALI


Hari ini rukun negara keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang kembali dipelihara oleh pihak mahkamah setelah hampir 3 bulan ianya ditidakkan oleh 'Parti Itu' yang sememangnya telah membelakangi undang-undang dengan cara yang amat menjengkilkan ramai pihak termasuklah rakyat negeri Perak sendiri. Ini di zahirkan dengan kemenangan YB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di PRK Bukit Gantang baru-baru ini.
Jika diimbas kembali cara perlantikan Menteri Besar Haram Dr.Zambri adalah secara jelasnya terburu-buru dan tidak mengikut Perlembagaan yang diperuntukkan secara keseluruhannya. Banyak pendapat yang telah diutarakan oleh beberapa pakar perundangan yang majoritinya mempertikaikan cara perlantikan MB Haram Zambri, namun ianya langsung tidak diendahkan oleh 'Parti Itu' yang menganggap mereka adalah di atas undang-undang.
Hal ini dizahirkan oleh peristiwa 7 Mei 2009 dimana hak Speaker Rasmi Perak V. Sivakumar terus ditidakkan dengan ketidak patuhan 'Parti Itu' mendengar arahan Speaker Rasmi yang jelas menjadi ketua di dalam mesyuarat DUN Perak itu. Adalah dijelaskan bahawa kedudukan Speaker di dalam DUN adalah mirip seperti mana kedudukan Pengurusi di dalam mana-mana majlis mesyarat. Segala arahannya mestilah di patuhi dan segala keputusannya adalah muktamat. Segala usul hendaklah mendapat persetujuan Speaker DUN Perak termasuklah usul tidak percaya terhadapnya. Jika ianya di tolak, maka usul itu tidak boleh diterima untuk di bentangkan di sidang DUN. Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan itu sendiri.
Namun berbeza di negeri Perak, sewaktu peristiwa 7 Mei, segala arahan Speaker Rasmi Perak langsung tidak di endahkan oleh 'Parti Itu' termasuklah MB Haram Zambri yang ketika itu telah digantung tugas sebagai ADUN bersama beberapa ADUN yang lain. Beliau juga masih ingkar dan tetap menghadiri sidang DUN tersebut malah apa yang amat menyedihkan lagi ialah Speaker Rasmi telah diheret keluar dari dewan dan digantikan dengan Speaker Haram yang dilantik tidak mengikut proses perundangan yang betul dan amatlah tidak demokratik. Maka secara bijaksana kita dapat menyimpulkan bahawa perlantikan Speaker baru adalah tidak sah sama sekali dan setiap undi dari MB Haram Zambri dan beberapa DUN lain yang digantung tugas mereka tidak boleh diambil kira secara rasionalnya. Adalah amat memalukan bahawa peristiwa ini telah diperhati oleh seluruh masyarakat antarabangsa dan mereka hanya tertawa melihat gelagat krisis di Perak ini yang dilihat mereka amat tidak demokratik!
Jika mengikut perlembagaan juga, pihak polis tidak mempunyai hak untuk menarik Speaker Rasmi keluar dari dewan kerana ianya bertentangan prinsip pengasiangan kuasa legislatif dan eksekutif yang telah ditetapkan. Rakyat Malaysia yang semakin cerdik dan peka kini tidak lagi boleh di perbodohkan sepertimana sewaktu zaman Tun Mahathir dahulu. Mereka sudah dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih bijaksana dan tidak lagi mempercayai kenyataan media arus perdana sepenuhnya yang dilihat mengelirukan dan berat sebelah.
Adalah diharapkan kebijaksanaan baginda Sultan Perak memperkenan usul pembubaran DUN Perak oleh Menteri Besar Perak kerana dengan cara ini sahajalah krisis dan kestabilan politk di Perak ini dapat diatasi. Ianya juga dapat mengembalikan semula kuasa demokrasi di tangan rakyat Perak khususnya dan keluhuran negara akan terus dipelihara.

Petikan: Tinta Rakyat


Photobucket



0 comments:

Post a Comment

Pakatan News