Hari ni gua pening kepala sangat ngan mahkamah malaysia ni... baru jer gua puji melambung sehari yang lepas tiba2 gua rasa cam nak maki jer... Gua memang tak puas ati, sebagai rakyat malaysia gua rasa macam ada double standard kat mahkamah... beza ka rakyat malaysia ni... beza ka orang dari PR dengan BN neh.. yang berkenaan jawab sat sebelum gua kandarkan maki hamun gua neh... Gua bukan la buta hati sangat sampai takleh menilai keadaan tersebut.. walaupun gua akui gua memang standard form 3 jer.. tu pun tak lepas... gua tau setiap mahkamah tentu ada proses dan peringkat-peringkatnya tertentu.. tapi apa yang gua nak protes ialah standard mahkamah tu sendiri... cuba lu pikir sat kat gua... kenapa puak2 BN sekejap ja buat permohonan.. 2 jam jer dah lulus.. takyah nak tunggu tarikh... giler ker aper?? apa besar mana sangat juak2 tu sampai punya cepat.. yang gua bertambah hairan plak.. permohonan MB Nizar ditangguh sampai isnin ni.. kira 5hari jugak la... cuba lu bayangkan bro.. tu YB tu bro.. kalau bro yang takde apa apa.. alamatnya bro... bro tunggu lew sampai 2,3 tahun baru kes bro didengar... melingkup ler dulu dalam lokap bro... nak cakap bab mahkamah ni bahaya jugak.. silap2 gua bleh dianggap menghina mahkamah.. silap2 ISA la gua.. tapi ini pandangan dari pemikiran gua yang tak seberapa.. harap pengelola blog tak kisah lulus artikel gua..
Gua konpius sebenarnya dan gua tengah studi skit2 bab protokol mahkamah ni.. dengan timbulnya krisis DUN perak ni gua didedahkan dengan banyak protokol, ilmu, undang2 dsbnya.. seb baik gua tak lulus PMR kalau tidak gua leh lanjut jer ambik coz undang2.. kekeke...
Gua rasa tentu ada arahan utk mempercepatkan atau memperlambatkan sesuatu permohonan mahkamah... Biasa la.. bila dah berkuasa tentu suara cepat didengar dan permohonan cepat diluluskan..... itu jew gua nak bebel... Oklah..
Wassalam...
p/s: Gua tak sembang kes mahkamah haa.. gua sembang permohonan mahkamah... hehe.. ada beza tu bro..
Seluas Kira-Kira 60 Hektar Kawasan Ladang Kelapa Sawit Dilaporkan Telah
Terbakar Dalam Kejadian Di Kampung Jeneri, Kuala Rompin
-
*ROMPIN:* Kawasan ladang kelapa sawit seluas kira-kira 60 hektar dilaporkan
terbakar dalam kejadian di Kampung Jemeri, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
P...
18 hours ago







0 comments:
Post a Comment