Selepas meletak jawatan sebagai PM, Paklah terus "dilupuskan" dari ingatan baik "lawan" mahupun "kawan". Ini seolah-olah terus membunuh kerier politik paklah. Secara tidak langsung menghapus pengaruh "paklah" yang dibayangi oleh "bayanganya"
Ini bermula pada 3 april lepas..
1- Perletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.. (3/4)
2- Pilihanraya kecil 2bukit dan 1batang. Dimana tiada langsung gambar paklah dilekatkan sebagai bahan kempen. Malah tidak langsung disebut. (7/4)
3- Paklah tidak terpilih oleh "Bijan" sebagai Badan perhubungan UMNO pulau pinang. Tempat paklah diganti dengan "zahid hamidi". (24/4)
Tak sampai sebulan "paklah dilenyapkan.. Apalagi lepas ini..
Apala nasib "engkau" paklah.. seolah-olah "sampan" yang kau naiki karam ditepian pantai penaga. Jalan cerita politik kau mungkin dah berakhir.. Maka aku menunggu dengan sabar blog engkau. Merujuk kepada mantan PM yang sebelum kau yakni "chedet". Di blog itu nanti boleh lah kau kembangkan kembali politik kau yang telah dikuburkan oleh "lawan" dan "kawan" kau. Kepada kelab "Kami Sayang Paklah" rajin-rajinlah jenguk paklah yer...
p/s: Artikel ini hanya khayalan penulis semata-mata.. :)
Lantikan Orang-Orang Besar Negeri Pahang Tidak Bersifat Kekal, Tertakluk
Tempoh Masa Dan Penilaian Prestasi Dan Budi Bicara Raja
-
*KUANTAN*: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah
bert...
2 days ago







0 comments:
Post a Comment