Photobucket

Bila Zambry Menonton Wonderpets..

Sejak-sejak popularnya cerita "wonderpets" maka keluarlah cadangan kerjasama dari UMNO.....

Merujuk kata2 Zambry dalama ulasannya didalam utusan malaysia hari ini yang bercakap tentang kerjasama UMNO dengan PAS... aduh... rasa macam perit ja tentang muzakarah ni.. nak cakap pun sebab dah terbiasa dengan pengalaman... Zambry cakap tentang keiklasan UMNO mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik di negeri perak dengan bergabung dengan PAS.. mungkin ramai yang nampak penyatuan itu "baik" untuk keadaan politik orang melayu dan islam.. tapi bagi aku.. aku nampak macam ada satu kepentingan peribadi UMNO yang tersorok disebalik kerjasama itu.. apa tidaknya dengan keadaan politik perak yang "bergoncang" ketika ini, UMNO mestinya memerlukan sokongan yang lebih baik, bukan hanya dari 3 "katak lompat" itu.. Justeru dengan cadangan ini, UMNO sedikit sebanyak dapat menguji atau menganggu keharmonian PAS ketika ini. Ketika UMNO yang hampir dikapankan pada PRU12 dahulu terhoyang-hoyang mencari hala tuju baru di negeri perak, mereka memperolehi "kerajaan rampasan" baru-baru ini.. Jadi sentimen penyatuan untuk "perpaduan dan kestabilan politik" telah dicanang oleh zambry untuk mewujudkan kekuatan "kerajaan rampasan" dinegeri perak. Secara tidak langsung mereka menguji PAS, sambil menyelam meraka minum air..


Persoalannya:

- Kenapa perlu gabungan PAS dengan UMNO, sedangkan hala tuju kedua parti ini memang berbeza. Orang-orang UMNO sendiri mungkin tidak menerima PAS sebaiknya.
- Sejarah lama gabungan PAS dengan UMNO dulu telah mengajar bagaimana layanan yang diterima oleh PAS setelah bergabung dengan UMNO..
- Adakah gabungan ini untuk kepentingan sebelah pihak? Apa yang pasti, saya menjawab "YA". kenapa saya menjawab "YA" adalah kerana UMNO akan mendapat mencanang gabungan diperak dan meruntuhkan gabungan "Pakatan" dinegeri lain.. bila pergabungan terjadi UMNO akan mengapi-apikan gabungan PAS dengan parti dalam pakatan.. jadi ia akan memusnahkan "kerajaan pakatan" dinegeri lain.

Bila zambry bercakap kerjasama ini perlu dilihat dalam skop yang lebih luas serta bersifat menyeluruh dan bukan kepentingan sendiri sahaja. Maka persoalan tertimbul di kepala otak aku ketika ni ialah adakah ini untuk kepentingan PAS atau UMNO.. apa yang aku nampak hanya untuk UMNO sahaja... Aku amat setuju dengan syarat-syarat PAS tentang gabungan ini.
Mungkin ramai yang mempersoal gabungan PAS dengan parti lain dari "pakatan". Apa yang aku nak tegaskan disini. Parti dari "pakatan" telah terima syarat-syarat yang dikehendaki PAS. Justeru ini. Kalau UMNO takleh nak terima syarat, maka eloknya zambry mengajak rakan-rakannya menyanyi lagu "wonderpets" seperti dibawah setiap kali UMNO mengadakan "PAU".

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya, di sana…

apa yang penting ?
kerja sama..apa yang penting ?
kerja sama..

Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..

kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..

p/s: banyak sangat tengok cerita kartun.. tu la..


Photobucket



0 comments:

Post a Comment

Pakatan News