Photobucket

Kambingnya Hilang Dara.


Maka tersebut la kisah dinegeri timur semenanjung awangan.Kisah berlaku dikampung alam buana. Kisah mengenai seorang budak yang digelar "sepol" bakal menjadi jutawan sekelip mata. Maka dicananglah diseluruh pelusuk kampung alam buana serata maya mengenai bakal kejutawanannya itu. Apa yang membuat ia menjadi sebutan penduduk kampung alam buana itu ialah cara dia mendapat kejutawananya itu. Ramai yang hairan dan terpingga-pingga. Berfikir sendiri memberi berbagai olahan cerita yang agak menarik dihujung minggu itu.
Selepas berita palsu "kehilangan dara" kambingnya yang diterjah oleh kambing penduduk lain beberapa bulan lalu yang mana menjadi buah mulut orang kampung alam buana. Yang mana ketika itu kambing sepol telah kehilangan daranya terlebih dahulu telah diketahui penduduk kampung alam buana. Sepol dengan beraninya membawa permasalahan itu kepada ketua kampung dan menuntut gantirugi sebanyak RM2juta dari penduduk kampung yang telah bercerita tentang kambingnya yang telah kehilangan dara itu. Baginya cerita penduduk kampung itu telah mencemarkan maruah dan harga dirinya. Jadi layaklah dia beranggapan penduduk kampung melakukan kesalahan dan perlu dituntut gantirugi.
Apa yang menjadi kemusykilan penduduk alam buana ialah bila sepol sendiri yang manjaja kambing diterjah "kedaraan" sehingga pecah. Tetapi apabila penduduk kampung bercerita tentang perkara itu, penduduk kampung itu yang menjadi mangsa tuntutan gantiruginya. Sedangkan dakwaannya kepada pihak yang dirasakannya bertanggungjawab masih menunggu perhatian ketua kampung alam buana..
Begitulah cerita tentang seorang budak kampung alam buana yang bercita-cita tinggi menjadi jutawan sekelip mata tapi menganiaya penduduk kampungnya sendiri.

Moral : Berusahalah dengan titik peluh sendiri, jangan menganiaya orang untuk menjadi kaya.


Photobucket



0 comments:

Post a Comment

Pakatan News