Photobucket

ONE MALAYSIA TETAPI BTN HENTAM PIMPINAN PAKATAN



Beliau memulakan dengan memberi ucapan dengan menjelaskan perjumpaan dengan
beberapa perjumpaan dengan petugas, wanita dan juga AMK .DSAI juga telah menjelaskan bahawa dala setiap kali pilihanraya , adanya perbincangan di peringkat pusat .

“Dalam pengalaman kita setiap kali bermulanya pilihanraya kita akan mengadakan perbincangan dan kita dapat lihat betapa kekuatan keadilan tetapi semua pimpinan dan petugas pakatan bekerjasama . Masa itu , pilhanraya di beberapa tempat , dimainkan isu Karpal Singh,negara islam,hudud namun kita menang di Terengganu, di Bukit Selambau sampai berbelas calon, semasa itu , isu Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak , bagi saya saya meminta saman kerajaan negeri, namun perndapat kita yang berbeza tidak menjadi masalah,kerana kita dan saya bukan pimpinan umno dan itu adalah perbezaan pendapat, namun kita boleh berbincang”

Mengenai calon pula DSAI menjelaskan bahawa telah di adakan perbincangan di peirngkat pusat dimana beliau dan Tn Guru Hj Hadi Awang serta Yb Lim Kit Siang dimana kedua-dua pimpinan Pakatan Rakyat ini sangat setuju dengan nama calon yang dikemukan.Dan ini lah cara pimpinan Pakatan Rakyat untuk selesaikan sebarang masalah .

“Ada ura-ura PAS nak bertnding di Penanti, namun ini tidak menjadi masalaah , begitu juga dengan Terengganu ,{PKR nak bertanding , dalam kes di Penanti kita bincang di pusat dengan Tn Guru Hj Hadi Awang dan pimpinan DAP Lim Kit Siang , kita telah bersuara iaitu di Penanti mestilah diletak calon PKR, dan bila saya sebut nama Mansor kedua-duanya setuju sangat dan Tn Hj Hadi Awang serta Kit Siang berkata “kami setuju dengan calon ini” , malah YB Lim Guan Eng setuju datang sendiri ketika menamakan calon.”



Mengenai berita yang dimainkan oleh Akhbar Utusan Malaysia, yang sentiasa memainkan isu pergolakan antara PAS dan juga PKR, beliau menjelaskan bahawa memang itu kerja akhbar tersebut yang tidak pernah telus dalam membuat sebarang laporan malah sejak 50 tahun dulu pun ianya adalah menjadi kuda tunggangan Umno.

“Apa lagi utusan Malaysia nak sebut kerana memang itu kerja mereka . ianya akan selesai mengenai soal calon ini.Itu bezanya kita dengan Umno , kita kena belajar dan bukan semuanya kita kena setuju dan kita boleh berunding sesama kita . Macam kerajaan negeri misalnya kedudukan Lim Guan Eng , maknanya menyokong progam Guan Eng dan dalam masa yang sama menyokong program rakyat, Cuma tentulah kita menekankan kepada program yang lebih untuk Melayu , kerajaan misalnya ialah menekankan kepada menghapuskan kemiskinan di semua kaum, Umno bezanya ialah dengan memulakan dengan memberi kontrak , berbeza dengan kita ialah menekankan kepada permasalahan rakyat iaitu api,air ,letrik,masalah rakyat, perumahan rakyat.”

Anwar juga menjelaskan bahawa setiap pimpinan Umno adalah sama sahaja. Main wayang dengan retorik.50 tahun merdeka pimpinan mereka sering bertukar ganti, namun dasarnya sama sahaja.Kebebasan media di sekat dan ianya adalah menjadi satu tanggungjawab kerajaan Pakatan untuk merubahnya.

“Semasa saya dalam kerajaan saya memang terhutang budi di Permatang Pauh kerana makin lama makin kuat,bezanya saya dengan Mahahir ialah saya menekankan kepada perumahan kos rendah, penddikan, pendekatan menolong Melayu di bawah ialah dengan memikirkan masalah rakyat , 50 tahun Umno perintah, kita buat di Selangor dimana kita bagi seribu kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran , bekalan air percuma dan kerajaan negeri selangor banyak yang baik dari negeri lain di bawah pimpinan Umno. Kita tengok pilihanraya masa bulan Ogos dulu, media mana yang bebas , mana dia akhbar melayu yang bebas, cuba tengok dibawah Mahathir, bawah Abdullah , bawah Najib tak adanya bezanya Nak tangkap orang ialah dengan adanya bukti, bukan main tangkap sahaja.”

Mengenai sama ada Bn akan bertanding atau tidak pula, Dato Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa itu bukan soal nya kerana mungkin Umno akan menaja calon bebas untuk mengelak dari malu.Pilihan Saudara mansor Othman adalah kerana jasa beliau menwujudkan TEKUN semasa di Universiti dan kerana itu telah melantik beliau sebagai setiausaha politik dan diletak di bawah majlis Tindakan ekonomi dulu.Malah menurut Anwar lagi kelayakan beliau juga dapat membantu Melayu di Pulau Pinang.

“Najib kata bertanding membazir dan tak perlu bertanding Mahathir pula kata bertanding, kita tengok Najib berani atau tidak, kita tidak peduli sama ada calon bebas umno taja untuk bertanding. Kita lihat macamana Fairus dulu kerja dia jalan, dia pilih nak berhenti, sekarang kita letak yang baik lagi kerana ianya untuk membantu semua kaum.Dari segi kelayakan Dr mansor ada 3 masters 1 dari USM dan 2 dari Yale sebab tu saya pangil dia doktor, 3 master ini doktor , doktor falsafah, dan pengalaman beliau dalam TEKUN inilah menjadi model sehingga sekarang ini untuk membantu Melayu”

“Jadi Saudara Mansor terlibat dalam pembangunan usahawan, program , calon kita akan mengenengahkan mengenai isu penduduk tempatan, kita kena terima , saya sendiri lahir di Sg Bakap, Azizah lagi teruk di hospital Kandang Kerbau” samil berjenaka.

“Rekod Dr Mansor di Pulau Pinang dan rekod dia bekerja di Pulau Pinang telah lama ada dan bezanya ialah dia akan di angkat sebagai TKM 1 Pulau Pinang dan bezanya ialah dia kena lebih tumpu di kawasan dan ini akan beliau lakukan kerana beliau telah lama di sini dan penerimaaan semua jentera pemuda AMK dan wanita PKR kerana pimpinan PAS negeri dan pusat pada dasarnya tidak ada masalah, Cuma Umno sahaja yang menjelaskan bahawa Pas dan PKR menghadapai masalah. Biarkan mereka dengan labu-labu mereka kerana kerja mereka memfitnah .”

Mengenai tindakan slogan Dato Seri Najib pula mengenai “One Malaysia”, Anwar menjelaskan itu juga satu retorik kerana dalam masa yang sama Koh Tsu koon sebagai menteri Intergrasi Nasional langsung tidak di hormati oleh pimpinan Umno kerana dalam setiap kursus BTN yang dijalankan , kerja mereka ialah dengan mencerca beliau dan juga Nik Aziz sebagai seorang yang telah menghancurkan Melayu dan bekerjasama dengan cina untuk menghancurkan Melayu.

“Kita juga didedahkan dengan satu Malaysia, namun dalam BTN sekarang ini , pimpinan mereka , menjelaskan bahawa saya dan Nik Aziz adalah pembelot Melayu , Anwar dan Nik Aziz jaga cina. Sebab itu kemunafikan antara dasar dan amalan mereka .Saya telah jelaskan kita ada tanggungjawab menjaga Melayu dan amanah, kita juga ada amanah untuk menjaga Melayu dan menjaga semua bangsa di Malaysia . Sekarang cuba tanya anak-anak kita yang menghadiri kursus tatanegara. Dalam kursus dikatakan semua hak Melayu telah di rampas .Saya dan Nik Aziz ini hanyalah pekakas kepada cina , maka kerana itu cina menuntut lebih dan berani sekarang ini. Dalam kempen yang berterusan sekarang ini.Ini nak suruh pimpinan cina bercakap . Koh Tsu Koon cakap apa , menteri intergrasi nasional bawah beliau BTN maki hamun cina dan kononnya darah Anwar halal , maka kerana itu YB Kuala Kurau di sekat dan di pukul pembantunya. Saya nak ingatkan bahawa pemimpin yang rasuah, kianat, pecah amanah,Inilah pemimpin yang merosak negara” tambah Anwar lagi.

Mengenai peraturan pilihanraya pula Anwar menjelaskan bahawa ianya dibuat kerana sokongan kepada Bn dan Umno tidak ada, maka kerana itu berbagai peraturan di ambil bagi menidak kan sokongan rakyat terhadap pakatan, dimana dihadkan pondok panas,kehadiran penyokong tidak dibenarkan beramai-ramai, malah mungkin akan membuat berbagai peraturan yang dilihat tidak munasabah.Malah Anwar menegaskan bahawa petugas pilihanraya harus berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka.dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas daya usaha Wanita PKr dan penduduk setempat yang menaruh kepercayaan kepada PKR.

“Sekarang dibuat pula macam-macam peraturan pulihanraya kerana penyokong mereka tak ramai,cuba kalau penyokong mereka ramai sudah tentulah peraturan ini diluluslan. Namun kita , petugas kena hati-hati kena semak nama, alamat dan ini tugas yang diberi kepada semua petugas.Kita ada pengalaman di Permatang Pauh dulu, saya sendiri naik bas ,jumpa dengan yang hadir dari Melaka kerana di arahkan untuk berbuat demikian.”

Beliau berucap sebelum merasmikan bilik gerakan wanita PKR DUN Penanti.


Photobucket



0 comments:

Post a Comment

Pakatan News