Photobucket

DEMOKRASI DI PERAK MENURUT ACUAN BARISAN NASIONAL

oleh datuk halim zaman

NOTE: Walaupun hari ini saya jadi "pengundi atas pagar" tidak masuk mana mana parti politik, tapi saya tetap rakyat Malaysia dan memberi pendapat secara bebas, tidak terikat. Yang benar tetap benar dan yang salah akan terserlah. Kerana mungkin juga saya sangat rapat dengan rakyat akar umbi, maka saya tahu lah apa sebenarnya lagu mereka. HZ

Banyak perkara yang boleh mengolah demokrasi jadi bersih dan kotor, ahli ahli fikir sendiri boleh memberi andaian perlaksanaan demokrasi itu secara teori dan praktikal, kotor dan bersih, sama ada menurut suara rakyat atau mengikut acuan demokrasi Barisan Nasional.

Seperti di Negeri Perak, kalau Kerajaan Pakatan Rakyat sudah kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, menurut demokrasi acuan Barisan Nasional ia boleh bertukar tangan sahaja tanpa Pilihan Raya Negeri.

Yang menjadi masalah diNegeri Perak sekarang adalah demokrasi telah melampaui perlembagaan, sedangkan Menteri Besar yang terdahulu, belum ada kepastian ia telah ditolak oleh suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri walaupun 3 ADUN sudah berpaling tadah. Menurut tatacara Dewan Undangan Negeri, seseorang Menteri Besar yang kehilangan kepercayaan dalam Dewan Undangan Negeri, setelah mendapat undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri maka baru lah Menteri Besar itu dikatakan kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Ada banyak jalan lagi boleh dibuat untuk memperbaiki kekusutan politik di Negeri Perak, sebelum Menteri Besar yang pertama mendapat undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri, beliau berhak membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi pendapatkan perintah DYMM Sultan Perak membubarkan Kerajaan untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Suatu perkara yang tidak beratika, tidak demokrasi dan tidak bermoral, untuk mengheret Speaker Dewan Undangan Negeri dari kerusinya dengan bantuan polis dan menggantikannya tanpa mengikut perlembagaan. Kenapa mesti gunakan kuasa polis untuk mengheret Speaker dari kerusi Speaker tanpa menggunakan kuasa mahkamah?

Rakyat rasa, cara Barisan Nasional untuk merebut kuasa secara tidak demokratik di Perak itu akan membawa padah pada Pilihan Raya Umum yang akan datang diseluruh Malaysia. Rakyat Malaysia tidak akan lupa peristiwa yang sangat pahit dan memalukan itu berlaku, akan sampai juga masanya bahawa pilihan rakyat lah yang akan menang, melebihi kuasa Sultan dan kuasa mahkamah, bila tiba Pilihnan Raya Umum 4 tahun akan datang nanti.

Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawabnya ada diatas sana. Bila sampai PRU akan datang, kata rakyat Bajau Sabah " Nyanginaipan tapi Ngagat kam".HZ (KedahLanie)


Photobucket



0 comments:

Post a Comment

Pakatan News