Photobucket

Bila Ustaz UMNO bersuara.


Bermula dengan Ustaz Mukriz kelmarin yang mengatakan tentang "hukum perpaduan" kini timbul pula Ustaz Muhyiddin berdakwah mengatakan tentang hukum "syurga dan neraka". Dah insaf ka mamat dua orang nih? kalau dah insaf alhamdulillah. Tapi kalau tengok kenyataan Ustaz UMNO dua orang ni. Macam nak tarik pengundi kat Manek Urai ja. Apa kata nanti masa PRK kat Manek Urai UMNO dan BN pegi berkempen dengan pemudanya memakai serban dan puterinya bertudung litup ala-ala puteri jihad di palestin dengan dipimpin oleh ketuanya Ustaz Mukriz dan Ustaz Muhyiddin. Macam mana rupanya eh??

Ustaz Mukriz semalam memberikan `dakwah'nya untuk memperingatkan terutamanya orang-orang Pas bahawa perpaduan di dalam Islam itu WAJIB. Beliau juga menganggap perpaduan itu penting dan disuruh oleh agama, ini bermaksudyang menentang perpaduan itu menyalahi agama. Wah! hebat syarah calon Ketua Pemuda Umno yang tewas ini. Mukhriz mungkin merasakan rakyat lupa siapakah tokoh pemecah belah rakyat terutamanya orang-orang Melayu dan Islam selama ini. Umno berpecah sehingga diharamkan suatu ketika dahulu di bawah siapa Presidennya? Wujudnya perpecahan Melayu yang besar sehingga tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 angkara siapa? Kemudian, siapakah yang menzalimi dan memfitnah tokoh politik Melayu DS Anwar Ibrahim sehinggakan beliau dipecat dari Kerajaan dan parti seterusnya mengakibatkan umat Melayu berpecah dengan lebih teruk lagi? Tahukah Mukhriz, betapa Kelantan sebuah negeri yang hampir 100 % Melayu Islam ini telah dianak tirikan ketika negeri tersebut mulai diperintah oleh Pas sehingga sekarang, dan siapakah pemimpin yang terlalu berusaha untuk merampas Kelantan? Di bawah siapakah ketika kerajaan merampas royalti minyak di Terengganu sewaktu Pas berkuasa? Bukankah Terengganu sebuah negeri Melayu yang seharusnya dibantu oleh kerajaan?

Tidak cukup dengan Ustaz Mukriz, Ustaz Muhyiddin pula bersuara hari ini di Manek Urai dengan berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

Esok harap tidak timbul pulak Ustaz Mat Taib, dan lusa jangan pulak timbul TG Najib. Apa la tektik UMNO ni. Macam budak nakal tunjuk baik semata-mata nak ambik hati bapak seorang awek cun.


Photobucket



1 comments:

Anonymous said...

cantik gambar matdin pakai serban.. kekekekkee

Post a Comment

Pakatan News