Saya terpanggil untuk mengulas artikal Malaysiakini.com beberapa hari yang lepas yang menyatakan bahawa Najib mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka. Sejauh mana kebenarannya amatlah di ragui.
Pertama sekali beliau bukanlah lahir dari kalangan orang kebanyakan tetapi dibesarkan dengan penuh kemewahan memandangkan ayahanda beliau merupakan mantan Perdana Menteri. Malah cara hidup beliau dulu dan kini pun tidak menggambarkan beliau mewakili rakyat kebanyakkan di Malaysia ini. Saya merasakan kini tiada siapa yang layak menggelarkan diri mereka 'pemimpin rakyat' melainkan mereka sanggup untuk turun kebawah dan berusaha sama seperti rakyat kebanyakan yang lain, memperjuangkan hak mereka sebagaimana mana contoh Mahatma Ghandi, Martin Luther King Jr. dan tokoh tempatan seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jika setakat melawat Puduraya atau Petaling Street tidak sampai setengah jam, itu bukan dinamakan pemimpin rakyat. Jikalau setakat turun pandang untuk meraih undi dari masyarakat setempat itu bukan di namakan pemimpin rakyat.
Contoh terbaik pemimpin yang berjiwa rakyat boleh kita rujuk melalui sirah Rasulullah S.A.W. Baginda hidup secara sederhana dan hampir kesemua harta baginda di gunakan untuk agama Islam. Bukan setakat turun padang dua tiga minit dan lantas berbangga seterusnya menggelar diri sendiri berjiwa rakyat! Jika tidak mampu untuk memimpin isteri dan anak sendiri, bagaimana pula untuk menggelar diri sendiri pemimpin??? Jika konsep asas dalam bermasyarakat memimpin keluarga tidak mampu untuk dipenuhi bagaimana untuk memimpin masyarakat keseluruhannya???
Pemimpin yang berjiwa rakyat tidak akan membenarkan rampasan kuasa yang tidak bermaruah sepertimana yang berlaku di Perak. Pemimpin yang berjiwa rakyat akan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa pilihan hati mereka untuk di jadikan pemimpin mereka. Bukan dengan cara melarikan wakil rakyat yang masih dalam perbicaraan skandal rasuah dan seterusnya menggula-gulakan mereka supaya keluar parti dan berpihak kepada 'Parti itu'. Pemimpin berjiwa rakyat tidak sama sekali akan menerima wakil-wakil rakyat seperti ini. Penglibatan beliau secara aktif dalam krisis DUN di Perak jelas menunjukkan beliau tidak layak untuk menggelarkan diri sendiri pemimpin rakyat!
Rakyat kini tidak sejahil dahulu. Mereka kini sudah pandai untuk memilih yang mana kaca dan yang mana permata. 'Parti itu' kini sudah tidak releven dan kini juga tidak lagi mewakili keseluruhan rakyat di Malaysia sepertimana suatu ketika dahulu. Mereka hanya menjadi jaguh di kampung-kampung dan di felda-felda serta kroni-kroni malahan telah banyak penduduk kampung-kampung dan felda-felda kini sudah pandai untuk memilih pemimpin sebenar yang layak dipanggil berjiwa rakyat.
Tun M: Daim boleh lebih kaya tapi pilih politik bangunkan Melayu
-
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh
sahaja mencipta lebih banyak kekayaan tanpa menceburi bidang politik.
Bekas p...
21 hours ago
1 comments:
sila layari blog Spaeker Perak V.Sivakumar
"Suara Rakyat"
speakforperak.blogspot.com
terima kasih
Post a Comment