Photobucket

Puteri UMNO saran akta larang ADUN letak jawatan.


KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan disaran menggubal undang-undang atau menubuhkan satu badan khas pemantauan bagi memastikan anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak meletak jawatan sewenang-wenangnya.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah itu wajar bagi mengelakkan berlakunya kekerapan pilihan raya kecil yang banyak membazirkan masa, wang serta menyusahkan rakyat.
Menurutnya, perbuatan sengaja meletakkan jawatan atas sebab peribadi atau untuk kepentingan parti tidak seharusnya menjadi amalan dalam kalangan ahli Parlimen mahupun ADUN.
"Justeru, elok sekiranya satu mekanisme seperti undang-undang itu dilaksanakan kerana pada masa ini tiada lagi akta atau undang-undang yang membolehkan tindakan diambil ke atas wakil rakyat yang melakukan perbuatan seumpama itu," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah untuk tabung darah negara anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rukun Tetangga Kampung Tengah Lembah Gombak di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan untuk membersihkan namanya selepas beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Rosnah, pakatan pembangkang seharusnya bertindak dengan lebih matang dan bukannya mementingkan diri.
Beliau menegaskan, tindakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan seolah-olah tidak menghormati sistem demokrasi dan menganggap proses pilihan raya seperti satu gelanggang permainan tanpa menghiraukan kepentingan rakyat.

Aku kata
: kalau dia nak letak atas sebab dia ada masalah rasanya tak perlu undang2.. rakyat perlu ADUN yang boleh berkhidmat.. jadi yang tak mampu berkhidmat dan ada masalah elok letak jawatan.. apa kata puteri sarankan ADUN yang nak letak jawatan boleh memilih rakannya dari dalam parti untuk buat penukaran.. ada brani??? amboi.. sejak lepas proses menghisap puting.. puteri dok belajaq bercakap pulak no la ni...

Sumber: Utusan


Photobucket



0 comments:

Post a Comment

Pakatan News