Photobucket

Calon Manek Urai dah diumumkan.. Perang bermula..


MANEK URAI, 28 JUN : Barisan Nasional telah mengumumkan Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai. keputusan itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Sementara itu, PAS telah mencalonkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya untuk Pilihanraya Kecil ini. Dengan pengumuman yang dibuat oleh Muhyidin itu, menamatkan spekulasi siap yang akan mewakili BN dalam PRK N41 Manek Urai nanti.

Ianya sekaligus menafikan apa yang pernah diucapkan oleh pemimpin BN kononya pilihanraya akan membazirkan wang da masanya mentadbir negara. Kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai, sekarang masanya menghukum kebiadapan UMNO/BN di Malaysia. Undilah PAS.

Calon PAS

FAUZI ABDULLAH


Calon BN

TUAN AZIZ TUAN MAT, 39


Baca Selanjutnya...

Kanak-kanak Hilang Lagi Sebarkan. ( telah dijumpai )

Assalammualaikum...
Minta bantuan tolong sebarkan maklumat dan gambar ni dalam apa jua bentuk supaya orang ramai boleh melihat. tak kira la blog ke, facebook ke, dan Sebagainya..

KANAK-KANAK HILANG

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun,
telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL
pada 22 Jun 2009.
Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun.
Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs
were missing since 22nd June 2009,
last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm.
Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.

INFORMATION

Nama anak: Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zikri 10 tahun.
Nama ibu: Noor Sharmiza bt Suleiman
Nama bapa: Ahmad Fazli bin Hj Muzir
Alamat: E-1-7, Dover Park, Sri Putramas, Jalan Putramas 1, off Jalan Kuching KL.
Tel: 012-3949977 atau 013-3455661
Hilang pada 22 Jun 2009 jam 7 petang.

Sebaran dari blog: http://mykoreanz.blogspot.com/

Info: Kanak kanak hilang ini telah dijumpai.. Terima kasih Zahidi yang fwdkan info.

Pagi tadi saya menerima sms dari sahabat yg call direct Puan Miza, anak2 beliau telah selamat dijumpai oleh seseorg yg telah menyerahkn kanak2 2 beradik itu ke Balai Polis.

Baca Selanjutnya...

Rombongan ke Manek Urai


ROMBONGAN KE KELANTAN SEMPENA PENAMAAN CALON N.41 MANEK URAI

TARIKH : 5 & 6 HB JULAI 2009 (AHAD & ISNIN )
MASA BERTOLAK; SELEPAS SOLAT SUBUH

TEMPAT MENUNGGU; DIMASJID BATU DIHADAPAN RUMAH SDR.BADARUDIN(TMN HJ MOHD AMIN) Permatang Pauh , Pulau Pinang.
*YURAN PENYERTAAN SEBANYAK RM95* (TERMASUK HOTEL) TARIKH TUTUP: 25JUN 09

TEMPAT LAWATAN: a) Pas Kuala Krai b) Rantau Panjang c)Masjid Cina
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

1) HJ AMIR : 012 5603133
2)SDR BADARUDIN : 017 5435568

p/s: Terdapat 10 lagi kekosongan.

Baca Selanjutnya...

Awas pengundi Manek Urai!


Awas kepada pengundi di Manek Urai. Ini kerana UMNO akan menjalankan dakwah mereka menjaja kerajaan perpaduan semasa kempen nanti. Dengan cara itu mereka berharap dapat mengelirukan pengundi di Manek Urai dan memecah belahkan perpaduan pakatan rakyat.Harap pengundi dapat menggunakan pepatah "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" "apa pun depa bagi ambik".


MANEK URAI, 22 Jun - "Kita usung calon BN keluar Manek Urai," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud malam tadi di Ceramah Umum Pilihanraya Kecil Manek Urai yang diadakan di Padang Majlis Daerah Laloh.

Beliau yang merupakan Adun Meranti juga mengingatkan orang ramai bahawa rakyat kini sedang dikelirukan oleh Umno-BN dengan isu kerajaan Perpaduan yang cuba digunakan oleh media arus perdana.

"Kita jangan terpedaya dengan segala tipu daya serta mainan media arus perdana yang cuba menutup isu sebenar iaitu kekalutan krisis politik di Perak, kemelesetan ekonomi serta masalah dalaman parti itu bersama kepimpinan parti-parti komponen BN.

"jangan sesekali lupa pada segala kezaliman dan kejahatan yang telah dilakukan Umno pada rakyat secara keseluruhan, malah cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada parti-parti pembangkang,"

Dalam ceramah yang sama, Timbalan Presiden Parti Demokratik Rakyat(DAP), Dr Tan Seng Giaw menyatakan kesetiaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini dengan mengatakan, "Pakatan tidak akan terurai di Manek Urai!" beliau juga berpendapat bahawa BN kurang rasional apabila menyatakan akan bertanding di Manek Urai walaupun jelas mengetahui bahawa Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Tidak mungkin BN akan menang pada kali ini. Mereka menarik diri di Penanti, tetapi mahu menang di Manek Urai. Manek Urai ialah kubu kuat PAS, mustahil BN akan menang di sini," kata ahli parlimen Kepong itu.

Dr Tan turut menyentuh keperibadian pemimpin Umno sambil mengaitkannya dengan Khalifah Islam di zaman sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar.

"Kita lihat Khalifah Islam, Saidina Abu Bakar turut mengamalkan prinsip mas'uliyyah seperti mana yang diterapkan oleh kerajaan PAS Kelantan, yakni jauh sekali berbeza dengan pemimpin Umno yang mengamalkan amalan rasuah ditambah lagi dengan sikap lepas tangan terhadap rakyat," ujarnya.

Beliau memberikan contoh dalam kes yang berlaku pada Stadium Sultan Mizan yang dibina semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu awal tahun baru-baru ini.

"Itu projek segera yang menggambarkan sikap tidak mas'uliyyah iaitu tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin Umno dalam menjalankan sesuatu projek yang semata-mata untuk kepentingan politik mereka semata-mata," katanya.

Ujarnya, ia sekaligus menggambarkan sikap sebenar mereka yang tidak mengendahkan etika dan tatacara dalam amanah yang diberikan oleh rakyat.


Baca Selanjutnya...

Kumpulan Edrogan beri kelebihan kepada PAS

KOTA BHARU – Kemunculan puak Erdogan dalam Pas dianggap satu kelebihan kerana mereka dikatakan mampu melumpuhkan gerakan sesat yang dipimpin oleh Melayu Muslim yang menolak Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya benar dakwaan wujudnya puak Erdogan di dalam Pas, ia adalah satu perkembangan yang baik kerana golongan ini mampu melemahkan pihak lawan.
“Saya sebenarnya tidak faham kenapa digunakan nama Erdogan. Erdogan ini nama bagi Perdana Menteri Turki dan dia telah memalukan Perdana Menteri Israel. Jadi kalau ada puak Erdogan di dalam Pas ini saya berasa gembira, kerana mereka boleh memalukan golongan sekular,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru dan Madinatur Raudhah, dekat sini semalam.


Mengulas dakwaan yang kononnya puak Erdogan di dalam Pas hanya mengejar kuasa dan harta, Nik Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Itu dia punya fasal saya tidak mahu ganggu. Tapi apa yang saya tahu Erdogan nama seorang Perdana Menteri Turki yang telah memalukan perdana menteri Israel dalam satu majlis umum. Saya harap Erdogan yang ada di dalam Pas kalau-kalau ada yang boleh melumpuhkan golongan sesat yang dipimpin oleh golongan sekular,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang melahirkan kebimbangan terhadap tahap ‘walaq’ (ketaatan) ahli Pas yang dilihat semakin berkurangan kerana ada segelintir daripada mereka lebih menumpukan kepada pemimpin: lain dalam memperjuangkan agendanya.
Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian yang membidas kerajaan negeri berhubung dakwaan yang kononnya menggunakan khutbah Jumaat untuk berkempen menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Menteri Besar Kelantan itu berkata, isu itu tidak seharusnya dibangkitkan.
“Ayat-ayat al-Quran itu ada ayat yang berbentuk politik. Allah minta keadilan. Jadi itu politik. Yang UMNO tak mahu itu, sebab dia menolak Islam,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, dalam ayat al-Quran, Allah minta adil dan berbudi pada masyarakat dan cakna kepada keluarga.
“Saya tidak faham kenapa ia (khutbah) perlu dikaji semula. Khutbah Jumaat dibuat untuk menyedarkan rakyat hidup di dunia dan akhirat.
“Kalau hendak selamat di akhirat jangan ada rasuah, jangan ada rogol, jangan ada mencuri dan jangan ada riba. Nak kaji macam mana benda begitu. Kalau buang, tak jadi khutbah Jumaat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian Edisi Kelantan,02 Jun 2009

Baca Selanjutnya...

Pakatan News